an angel VS fairy.........

an angel VS fairy.........

Monday, July 30, 2007

Kanak-Kanak Harap Tidak Lalui Derita Jadi Mangsa Banjir Lagi

BATU PAHAT: Ketika ramai mangsa banjir di Johor yang terdiri daripada orang dewasa bersedih dan meratapi kehilangan harta-benda akibat bencana itu, kanak-kanak juga tidak ketinggalan merasai derita menjadi mangsa banjir.Walaupun riak wajah mereka kelihatan gembira bermain dan bermesra bersama-sama rakan di pusat pemindahan, kesedihan dalam hati mereka dapat dirasai."Kalau boleh saya tak mahu tinggal tempat macam ini lagi, saya rindu nak balik rumah," kata Norhidayu Daimin ketika ditemui Bernama di pusat pemindahan Dewan Sri Medan di sini hari Rabu.Norhidayu, 11 tahun sudah seminggu tidak ke sekolah dan itu membuatkannya bertambah sedih."Saya nak balik supaya saya boleh pergi sekolah. Tapi semua barang di rumah dah rosak. Saya tak tahu macam mana rumah saya sekarang," katanya.Norhidayu berharap pada masa akan datang dia tidak perlu melalui keadaan itu lagi dan mahu cepat ke sekolah semula apabila keadaan sudah pulih.Katanya, hanya rakan-rakan dan keluarga yang turut tinggal sementara waktu di pusat pemindahan itu menjadikan dia tabah menerima kenyataan kejadian tersebut.Sudah lima hari dia tinggal di situ dan langsung tidak dapat pulang ke rumah kerana masih ditenggelami air sehingga paras pinggang.Seorang rakannya, Nursyafikah Katani, 11, juga meluahkan perkara yang sama dengan Norhidayu.Katanya, semua peralatan sekolah termasuk baju, buku, beg dan kasut yang baru dibeli rosak disebabkan banjir yang melanda."Saya hanya sempat pakai beberapa hari sahaja lepas banjir pertama sebelum ini. Bila banjir lagi, saya tak sempat bawa sekali masa kena pindah," katanya.Setiap hari apa yang dilakukan kanak-kanak di pusat pemindahan itu adalah bermain di kawasan sekitar, namun akui mereka, keadaan di pusat pemindahan amat selesa dan banyak bantuan yang diterima terutamanya makanan yang sememangnya sentiasa mencukupi dan sedap. - BERNAMA

No comments: