an angel VS fairy.........

an angel VS fairy.........

Monday, July 15, 2013

lame xtlis blog,,hampir lupa mengenainya..huhuhu apa yang aku nk tlis ni mengenai sayang n cinta,... Mengapa berlaku penceraian mungkin antaranya ialah kerana tiada cinta lagi dalam rumahtangga & mungkin takdir ALLAH ditetapkan begitu.. Sebenrya cinta boleh dipupuk dalam rumahtangga dari awal perkahwinan sehingga ke akhinya..mengapa ?adakah ini logik..semestinya logik.. insan yang berkahwin selalunya ingin mencari cinta n bahagia,, adakah pernah terfikir mangapa orang yang berusia seperti 50 tahun yang berkahwin tetapi bahagia ..mengapa kerana ada cinta yang baru didalamnya... mengapa perlu mencari pasangan lain sedangkan seberarnya cinta boleh dipupuk dalam alam rumahtangga yang telah sedia ada..yakinlah tuhan tidak akan mengubah sesuatu perkara selagi manusia tidak mahu mangubahnya,,mengambil kesempatan ini menyebabkan aku berazam untuk mencari cinta dalam rumahtanggaku aku sebagai pemula n aku percaya siisteri akan juga membalasnya...azam aku untuk ramadan ini untuk menjadi suami yang lebih bertanggungjawab n lebih menyayangi moga2 aku akan dapat mencari semula cinta yang semakin dalam rumahtangga.. perbalahan adalah asam garam rumahtangga..itujuga yang berlaku padaku dalam rumahtangga..tetapi menyebabkan aku sedar betapa aku menyangi istriku,,

Monday, August 22, 2011

Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat~Ustazah Siti Nor Bahiyah



Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
1.
Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2.
Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3.
Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4.
Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5.
Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
*
Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Monday, June 13, 2011

PICTRE KWIN 29 MEI N 5 JUN


MAJLIS PERKAHWINAN DI PERAK 29 MEI..25 JAMADILAKHIR

SYUKUR sekali lagi aku lafazkan..
smue berjalan lancar..
even lambat sedikit tpi smuanya berjalan lancar..
ramai yang datang kwan aku dari turki jgak datang..
meriah leh tahan jgak la mlm tu..
syukur sangat kerana rezki yang murah dikurnikan tuhan..
bukan diakui keluarga ain malahan juga diakui keluarga aku,,
banyak razki melimpah ruah mase tu..
tq cz famly aku datang dan sedara terdekat untuk meraikan hari perkahwinan aku..begitu juga rakan2 aku yang sangup xkje tuk meraikan hari aku..tq banyak2 hope aku pn bleh datang ble korang nikah nanti..
tq gak hadiah2 yang ade mase tu,,
fmly aku bpak n mak aku cukup gemire ngan layanan dari belah prempuan...

tpi siang tu fmly aku sempat gak gi teluk batik mandi3 kt sane..
hapy kan korang mase tu..aku pn hapy gak ble denga fmly aku happy..
yang aku segan mse ucapan video tu,,huhu malu2 ngah pape je aku ckap xplaning langsong..tq kpada suporter2 yang xputus smasa knduri kwin tu..trutamanya anoi,pak mertua, wan , apek, mak n bpak mtue..tq u all n sedare2 ain yang banyak mmberikan sumbangan...

28 MEI @ 24 JAMADILAKHIR,,HARI PERTUNANGANKU


ALHAMDULILLAH SYUKUR KERANA TELAH selesai majlis pertunaganku,
syukur, dan sayu aku kerana banyak perkara yang berlaku tanpa diduga sebelum majlis pernikahan ini..masalah keluarga n masalah jalan yang hampir menghalang dan menganggu kelancaran majlis ini..bayngkan la perjalanan aku ngan bad, yus n kwan aku lagi sorang ni leh tsalah jalan ngan jem lagi kt situ je dah lari bpe jam pye pjalanan..
then bkle sampai kt perak nk masuk jalan pn dah tsalah even follow van sendiri pn leh tsalah gak..
ujian kan..uh lpe lak aku 2 van n 4 krete rombongan aku ke perak mse tu..
bukan stakat itu sahaja mse brangkat untuk pertunangan aku mlm tu (akad nikah)
sekali lagi berpecah tsalah jalan lagi ade yang lambat ade yang cepat tehn semua btrabur ngan jalan sendiri2..
mujur la sempat sampai surau even lambat..
yang best akad nikah sekali je...sblum msuk masjid mahu 5 kali aku try asik salah je..
tuhan maha penyayang terhadap hamba2nya dan apa yang dikehendakinya akan terjadi
ALHAMDULILLAH..
syukur juga kerana telah bertukar tanggungjawab sebagai suam dan aku telah dikurniakan seorang isteri yang amat aku sayangi..nur ain b. Md zawai

Sunday, May 8, 2011

5/5/2011 n 9/5/2011

syukur 5 mei aku dapat twaran kje..aku la orang yang heppy skali n aku kongsi brite ni ngn bakal isteri aku,,,die juga haapy ngan berite ni..even dapat contrax 3 blan jer,tpi syukurla..mse2 nk gune duit nk kwin then tuhan bagii rezeki..mne la tau kan kontrax leh sambung nt kan..best2..xpyh aku kje kt opis dlu yang dlu even gaji mmmg besar..tpi xtettap time kje..blik pn lwat malam..krang xabis2 lak tesis aku nt...huhu


ari ni 9 mei..hari ptme aku bkerja di pjabat baru..boring gak la..xtau nk wat mende..huhu sronok gak yela xpnt cm opis sbelah..huh ALHAMDULILLAH..tuhan maha tahu tentang smue ni dan die dah tetapkan jalan untuk aku..amin..tpi ape er yang kwan2 aku wat kt opis lme tmpat aku kje dlu er..mst hapening cm sblum2 ni..huhuh moga tuhan merahmati kalian....

Thursday, March 17, 2011

burung tiong ku sayang.. uwaaaaaaaaaaaa sedih

masuk ari ni dah 5 hari burun tion aku mningal.. sedih aku sedih sangat ari2 aku tringatkan burun tiong aku tu,, bijak betol burung tu.. tuhan ampokan dose hambamu, diriku ini sangat menyangi burung ini.. jika engkau kabulkn doa aku.. aku ingin berjumpa dengan burung tiong bila aku sudah tiada nanti.. mungkin di syurga,, aku ingin berbicara dengan burung itu.. mafkan aku burung aku xdapat nk menjaga engkau kerana aku jauh di kuala lumpur.. setiap hari aku terfikirkan engkau.. disini aku selalu berangan apabila aku sudsh cuku duit aku nk buatkan engkau sarang yang besar,, aku pn pnah jgan cari di internet sama ada engkau ni jantan or betina supaya senang aku carikan pasangan engkau..uh tuhan cepat benar engkau ambil nyawa burung ini.. sedih.. saat aku menulis blog ini aku sebak.. adakah aku dapat menjalankan tangungjawab menjaga burug ini...aku perah binakan sarang yang besar untuk engkau kadang engkau mesti boring xde pasangan yala manusia pn bosan xde isterikan..engkau pn sama.. rasa zalim sangat diri ini xdapat mencarikan pasangaan tuk engau.. tuhan jika engkau hidupkan burung itu sekali lagi aku berjanji akan aku carika pasangan burung tiong itu secepatnya..
mungkin dah lima tahun burung tiong ini bersama keluarga aku. dari 1 syawal di rumah lama engkau datang jadi kebanggaan keluargaku apabila orang datang ke rumah.. setiap hari engkau mandi dan aku akan tukarkan air mandianmu dengan air bersih.. berikan kamu makan dengan tangan yang tidak semua orang mampu berbuat sepertiku. aku namekan engkau parjo, n makannan kegemaran kau ialah sagu rendang..kau suka me goreng jgak ..sedih mse ni air mate aku berlinang n mengalir...emmm
yang aku paling banga kau akan tahu bila aku akan balik kampung walaupun aku selalu buat kejutan untuk balik kampung n xbagi tau mak aku.. tpi kau akan berbunyi n petande aku akan pulang..
tuhan wujudkan prassaan itu n keserasian aku n burung itu. tpi kini engkau telah tiada.. ALLAH aku rindukan burun itu..
aku kt opis ni.. ttpi aku mnangis aku segan ,, mentme myb aku tliskan blog tuk burung ini .. aku sayang burung ini..tuhan