an angel VS fairy.........

an angel VS fairy.........

Monday, July 30, 2007

Kanak-Kanak Harap Tidak Lalui Derita Jadi Mangsa Banjir Lagi

BATU PAHAT: Ketika ramai mangsa banjir di Johor yang terdiri daripada orang dewasa bersedih dan meratapi kehilangan harta-benda akibat bencana itu, kanak-kanak juga tidak ketinggalan merasai derita menjadi mangsa banjir.Walaupun riak wajah mereka kelihatan gembira bermain dan bermesra bersama-sama rakan di pusat pemindahan, kesedihan dalam hati mereka dapat dirasai."Kalau boleh saya tak mahu tinggal tempat macam ini lagi, saya rindu nak balik rumah," kata Norhidayu Daimin ketika ditemui Bernama di pusat pemindahan Dewan Sri Medan di sini hari Rabu.Norhidayu, 11 tahun sudah seminggu tidak ke sekolah dan itu membuatkannya bertambah sedih."Saya nak balik supaya saya boleh pergi sekolah. Tapi semua barang di rumah dah rosak. Saya tak tahu macam mana rumah saya sekarang," katanya.Norhidayu berharap pada masa akan datang dia tidak perlu melalui keadaan itu lagi dan mahu cepat ke sekolah semula apabila keadaan sudah pulih.Katanya, hanya rakan-rakan dan keluarga yang turut tinggal sementara waktu di pusat pemindahan itu menjadikan dia tabah menerima kenyataan kejadian tersebut.Sudah lima hari dia tinggal di situ dan langsung tidak dapat pulang ke rumah kerana masih ditenggelami air sehingga paras pinggang.Seorang rakannya, Nursyafikah Katani, 11, juga meluahkan perkara yang sama dengan Norhidayu.Katanya, semua peralatan sekolah termasuk baju, buku, beg dan kasut yang baru dibeli rosak disebabkan banjir yang melanda."Saya hanya sempat pakai beberapa hari sahaja lepas banjir pertama sebelum ini. Bila banjir lagi, saya tak sempat bawa sekali masa kena pindah," katanya.Setiap hari apa yang dilakukan kanak-kanak di pusat pemindahan itu adalah bermain di kawasan sekitar, namun akui mereka, keadaan di pusat pemindahan amat selesa dan banyak bantuan yang diterima terutamanya makanan yang sememangnya sentiasa mencukupi dan sedap. - BERNAMA

Banjir Di Johor: 10,000 Mangsa Dipindahkan, Hujan Dijangka Sehingga Jumaat

Bernama.com
-Pertubuhan Berita Nasional MalaysiaBanjir Di Johor: 10,000 Mangsa Dipindahkan, Hujan Dijangka Sehingga Jumaat Am19 Disember, 2006 21:00 PM

JOHOR BAHARU, 19 Dis (Bernama) -- Sebahagian negeri Johor hari Selasa terjejas ekoran banjir yang melanda hampir keseluruhan negeri selepas hujan lebat kira-kira 24 jam dengan kira-kira 10,000 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan setakat ini.Fenomena hujan lebat "luar biasa" itu bukan sahaja menjejaskan ribuan pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad bahkan 26 orang tahanan di Balai Polis Plentong terpaksa dipindahkan ke Balai Polis Pasir Gudang manakala hampir semua Jabatan Kerajaan di Wisma Persekutuan dan Kompleks Mahkamah Johor Baharu tidak dapat beroperasi sepenuhnya hari Selasa.Banjir yang melanda kesemua daerah di Johor kecuali Mersing, bagaimanapun belum dilaporkan meragut sebarang jiwa setakat ini.Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman berkata banjir berlaku ekoran hujan "luar biasa" dengan kadar 312mm di Johor Baharu dan 400mm di Segamat dalam tempoh 24 jam berbanding purata 2,500mm hujan di negeri ini untuk tempoh setahun."Hujan berterusan dijangka turun sehingga Jumaat ini berikutan pergerakan Angin Monsun Timur Laut yang membawa taburan hujan ke tengah negeri Johor. Fenomena ini agak luar biasa dengan bermula dari Johor yang sepatutnya melanda utara pantai timur terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Banjir, Ibu Pejabat Polis Johor di sini hari Selasa.Abdul Ghani berkata hujan "luar biasa" itu merupakan fenomena sekali dalam 100 tahun dan pergerakan angin setakat ini menunjukkan tanda-tanda untuk bergerak naik ke Pantai Timur Semenanjung.Di Johor Baharu sehingga pukul 5 petang Selasa katanya, seramai 3,743 orang membabitkan 561 keluarga dipindahkan ke 35 pusat pemindahan di sekitar Skudai, Pasir Gudang, Masai dan Ulu Tiram.Daripada jumlah itu, seramai 88 orang adalah dari Kampung Melayu Sengkang, Kulai, Kampung Laut, Skudai (722), Lorong Aris (170), Kampung Sungai Beso (113), Kampung Maju Jaya (243), Kampung Bendahara (10) dan Kampung Mohd Amin (102).Turut dipindahkan adalah 150 orang dari Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Pasir Tebrau (200), Kampung Paya Kenangan (150), Kampung Plentong Baru (200), Kampung Sentosa Barat (100), Kampung Rinting (200), Kampung Paya Nam Heng (44), Batu 20, Sungai Tiram (30) dan Kampung Mados Batu 19 (56).Lain-lain yang turut dipindahkan adalah 20 penduduk di Kampung Bukit Pulai Pasir Gudang, Kampung Sri Bahagia, Plentong (110), Kampung Sepakat (400), Kampung Sungai Tiram (8) Kampung Oren, Bukit Tiram (200), Kampung Sentosa, Pasir Gudang (60), Kampung Melayu Pandan (500) dan Kampung Taman Saujana (100), katanya.Abdul Ghani berkata, di Batu Pahat, seramai 542 orang membabitkan 90 keluarga sudah dipindahkan ke 13 pusat pemindahan manakala 679 orang penduduk membabitkan 138 keluarga dipindahkan ke 14 pusat pemindahan di Segamat.Turut dipindahkan kira-kira 1,651 orang penduduk di Muar manakala 170 orang membabitkan 48 keluarga dipindahkan di dua pusat pemindahan di Pontian serta 85 orang dengan 20 keluarga dipindahkan di dua pusat pemindahan di Kota Tinggi.Bebeberapa kawasan di daerah Kluang termasuk Yap Tau Sah, Kampung Melayu, Jalan Lambak di pusat bandar serta Jalan Batu Pahat dilaporkan turut dinaiki air, katanya.Beliau berkata, hujan lebat juga menyebabkan jalan-jalan di beberapa daerah ditenggelami air dan di kawasan Skudai ia melibatkan sebanyak lapan jalan utama termasuk Jalan Pontian Lama, Jalan Kampung Jaya Sepakat dan Batu 23 Jalan Air Hitam-Johor Baharu manakala di pusat bandar melibatkan Jalan Kolam Air.Turut terjejas ialah Jalan Labis-Yong Peng, Pekan Chaah, KM4 Jalan Chaah-Bekok, KM85 sempadan Segamat-Muar dan Jalan Felda Tenang-Felda Moakil, katanya.Menteri Besar berkata, paras air di empat sungai utama juga dilaporkan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Segamat, Sungai Lenih di Chaah, Sungai Mengkibol di Kluang dan Sungai Skudai di Johor Baharu.Bencana alam itu turut menyebabkan sembilan kejadian tanah runtuh kecil dan tembok rumah di sekitar Johor Baharu iaitu tembok runtuh di Jalan Rambutan, Kolam Air dan di hadapan Aloha Tower Jalan Kolam Air dan kejadian tanah runtuh di Jalan 4/3 Taman Bukit Kempas dan di Taman Larkin Jaya.Abdul Ghani juga berkata pasukan tentera darat telah bersiap sedia dengan logistik 20 buah bot dan pesawat Nuri bagi menghantar bekalan makanan dan pakaian ke kawasan terjejas sekiranya berlaku banjir besar.Bantuan kepada mangsa banjir di Segamat dan Muar akan dikendalikan oleh Kem Tentera Melaka dan Gemas manakala kawasan Batu Pahat, Kluang dan Johor Baharu oleh Kem Majidee, Johor Baharu dan Mersing oleh Kem Iskandar, katanya.-- BERNAMA

Friday, July 27, 2007

SEGAMAT DI ANTARA DAERAH PALING TERUK DILANDA BANJIR




SEGAMAT DI ANTARA DAERAH PALING TERUK DILANDA BANJIR
20 December 2006
Lebih 10,000 penduduk di hampir semua daerah di Johor dan daerah Jasin di Melaka terpaksa dipindahkan akibat banjir selepas hujan lebat berterusan sejak semalam. Banjir juga dijangka melanda beberapa negeri di Pantai Timur dan barat Semenanjung seperti Melaka dan Negeri Sembilan serta bahagian timur dan selatan Pahang ekoran hujan lebat yang diramal berterusan sehingga Jumaat ini. Laporan yang diterima daripada Bilik Gerakan Bencana JKR Johor, jalan utama keluar masuk ke bandar Segamat Masih ditutup sejak semalam. Bilik Gerakkan di Ibu Pejabat JKR Malayisa dibuka pada awal hari ini sehinnga jam 10.00 malam untuk peringkat pertama. Senarai jalan yang ditenggelami air boleh didapati dalam status/banjir.
Oleh:Mohd Haizul Bin Omar





Laporan daripada Bilik Gerakan Bencana JKR Johor yang menyatakan banyak jalan-jalan yang ditenggelami air pada minggu lepas kini boleh dilalui oleh semua kenderaan. Kerja-kerja penyenggaran kerosakan akibat bencana banjir sedang dilaksanakan. Di Johor sahaja lebih 5 Jambatan Bailey di pasang bagi menghubungkan jalan/jambatan yang terputus akibat dibawa oleh arus deras. Di antaranya ialah Jambatan Sg. Semberong dan Jambatan Sg Redong. Jalan-jalan yang masih ditutup adalah di daerah Batu Pahat dan mersing (rujuk status banjir untuk senarai jalan yang ditutup). Bilik Gerakan Bencana Ibu Pejabat JKR Malaysia dibuka pada peringkat 1 dan pengoperasian bilik tersebut hanya diuruskan oleh Unit Senggara Jalan. Walaubagaimanapun kakitangan JKR Ibu Pejabat malaysia diminta untuk mengikuti perkembangan semasa menerusi RAKAN atau laman web JKR bagi mengetahui status operasi Bilik Gerakan Bencana.
Oleh:Mohd Haizul bin Omar